CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Total Pageviews

Tuesday, July 30, 2013

Galau - 5 Minutes


                                                    Galau - 5 Minutes 


Katakan saja, jangan kau sembunyikan

Bila diriku tak lagi di hati

Kenanglah aku pernah singgah di hatimu
Mesti sekedar mengukir hatimu



Sepi hatiku, galau jiwaku

Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau



Jangan katakan kisahmu saat ini

Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu



Sepi hatiku, galau jiwaku

Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau



Sepi hatiku, galau jiwaku

Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau



(sepi hatiku, galau jiwaku

Saat kau katakan) putus dengan aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau










                                                    



Monday, July 29, 2013

Lailatul Qadar

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.




Misi Mencari Lailatul Qadar

Laila,
sungguh aku akan cari kamu hingga jumpa kerana cintanya aku padamu & betapa aku dambakan untuk bertemumu,hanya Dia yang tahu..

Laila,
dalam 10 malam akhir ini,aku akan berusaha mencarimu & dengan izinNya kita bertemu.1 kali bertemu seperti 1000 bulan hilang rindu..

Laila,
keranamu inshaaAllah aku mampu 'mengejar' amalan cinta kaum terdahulu yang usia mereka 10-20 kali ganda dari purata usia hidup kaumku.

Laila,
walaupun hadirmu nanti rahsia tetapi aku akan usaha untuk mencarimu sampai jumpa..

Laila,
aku tahu untuk bertemumu aku perlu setahun menunggu tetapi aku rela kerana sekali bertemu 1000 bulan hilang rindu..

Jadikanlah 10 malam terakhir ini kenangan paling manis dengan Allah,kawan

10 malam akhir ini ada tiket ke syurga,kawan.Jangan lepaskan.Dapatkan tiket ini dengan amalan & meminta keampunan.





Kebaikan Qiamullail

Waktu malam adalah masa yang paling sesuai untuk berehat dan tidur setelah tenaga digunakan di sebelah siangnya untuk mencari rezeki. Namun pada malam begini umat Islam dituntut untuk bangun pada 2/3 malam atau 1/3 akhir malam bagi melaksanakan qiamullail.
Hukum qiamullail ialah sunat muakkad. Ini bermakna ibadat ini amat dituntut kepada umat Islam walaupun tidak diwajibkan.
KELEBIHAN QIAMULLAI
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Wan Nordin Wan Abdullah berkata, umat Islam amat digalakkan melakukan qiamullail kerana ibadat ini mempunyai kelebihan yang begitu banyak sekali. ALLAH menggalakkan kita melakukan ibadat ini sebagaimana maksud ayat yang ke-79 surah al-Israk:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi mu; semoga TUHAN-mu membangkit dan menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji,” katanya.
Menurutnya, ALLAH menyatakan di dalam al-Quran bahawa orang-orang yang sentiasa bertakwa dan mengerjakan qiamullail dengan beramal ibadat dan memohon keampunan daripada ALLAH itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan baik, rahmat ALLAH serta syurga. Firman ALLAH dalam al-Quran:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)” .(Adz-Dzaariyaat 15-18)
“Orang-orang yang melalui malam hari dengan berdiri untuk TUHAN mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang solat tahajud malam hari semata-mata kerana ALLAH TAALA.
“Kesimpulannya, ibadat qiamullail perlu dilihat sebagai penawar utama untuk membaiki diri dan memperbetulkan masyarakat. Ibadat ini amat penting bagi kita semua, dan ia menjadi lebih penting bagi pemimpin yang menanggung amanah yang begitu besar dalam sesebuah masyarakat, di samping ia menjadi benteng amat kukuh untuk mempertahankan seseorang dari ancaman kejahatan manusia dan syaitan,” katanya.
WAKTU AFDAL MENGERJAKANNYA
Beliau berkata, sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau akhir malam. Ini berdasarkan riwayat al-Hafiz : Bahawa tahajud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.
“Bagaimanapun, berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdal dilewatkan sembahyang tahajud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam,” jelasnya.
CARA MUDAH BANGUN MALAM
Selain itu katanya, menurut Imam al-Ghazali terdapat dua faktor utama memudahkan seseorang itu bangun berqiamullail. Faktor pertama ialah faktor luaran dan kedua faktor dalaman.
“Antara faktor luaran ialah tidak banyak makan dan minum sehingga badan menjadi berat untuk bangun malam, tidak memenatkan badan dengan aktiviti tidak berfaedah siang hari, tidur sekejap pada waktu tengah hari sebelum atau selepas solat Zohor. Ia dikenali sebagai ‘qailulah’ dan menjauhkan diri dari dosa pada siang hari yang mengharamkan seseorang berqiamullail.
“Faktor dalaman pula ialah menjauhkan sifat hasad dengki dan iri hati terhadap Muslim yang lain, menanam rasa takut kepada ALLAH, memahami dan menghayati kelebihan qiamullail dan menanamkan rasa cinta yang mendalam kepada ALLAH sehingga menimbulkan rasa rindu untuk sentiasa bermunajat kepada-NYA,” ujarnya.
WANITA UZUR BOLEH LAKUKAN QIAMULLAI 
Nordin berkata, ibadat terbaik pada waktu malam untuk qiamullail ialah solat-solat sunat. Namun, disebabkan wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadat lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadat pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja.
“Contoh ibadat yang boleh dilakukan ialah, zikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah zikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
‘SUBHANALLAH’, ‘ALHAMDULILLAH’, ‘ALLAHU AKBAR’, ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’, ‘SUBHANALLAH WABIHAMDIH, ‘LA HAWLA WA LA QUATAILLA BILLAH’ dan lain-lain lagi.
“Antara ibadat lain ialah memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadat utama dan penting untuk dilakukan oleh seseorang mukmin,” katanya.
Selain itu, perempuan dalam keadaan uzur juga boleh berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah. Mereka juga boleh berselawat ke atas Nabi, muhasabah diri, membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan iman serta makin dekat dengan ALLAH.
“Justeru, tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadan kerana di dalamnya, sangat digalakkan untuk memburu lailatulqadar.
“Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH SWT,” katanya.


10 Hari Terakhir Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang agung, bulan yang selalu dijadikan momentum untuk meningkatkan kebaikan, ketakwaan serta menjadi ladang amal bagi orang-orang  yang beriman kepada Allah SWT.
Tidak terasa, Ramadhan tahun ini sudah mendekati akhir kerana telah memasuki 10 hari terakhir. Fasa pertama, iaitu 10 hari pertama adalah sebagai fasa rahmat, 10 hari kedua atau pertengahan adalah fasa maghfirah, serta fasa ketiga atau 10 hari terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka. Maka saat ini kita berada dalam fasa ketiga, iaitu fasa pembebasan dari api neraka. Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Salman al- farisi, “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”
Rasulullah Muhammad Saw, yang merupakan manusia terpilih dan suri tauladan terbaik bagi kita, jika Ramadhan memasuki 10 hari terakhir, maka beliau semakin memaksimalkan diri dalam beribadah. Beliau menghidupkan malam harinya untuk mendekatkan diri kepada Allah SwT, bahkan beliau membangunkan keluarganya agar turut beribadah. Dari Aisyah r.a., ia menceritakan tentang keadaan Nabi Saw ketika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, “Beliau jika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, mengencangkan ikat pinggang, menghidupakn malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari).
Rasulullah Saw sangat memerhatikan 10 hari terakhir bulan Ramadhan kerana di dalamnya begitu banyak keutamaan yang boleh didapatkan pada waktu-waktu tersebut. Beberapa di antaranya: Pertama, sebagaimana sudah lazim kita fahami bahawa sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan adalah turunnya lailatul qadr. Malam yang sangat dinantikan untuk didapatkan oleh orang-orang yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan pengharapan redha Allah SwT, kerana pada malam tersebut siapa saja yang beribadah kepada Allah SwT dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SwT maka nilai ibadahnya sama dengan bernilai ibadah selama 1000 bulan yang juga berarti sama dengan 83 tahun 4 bulan. Sebagaimana firman Allah SwT dalam surat Al-Qadr ayat 3: “Lailatul Qdr itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadr: 3).
Tentunya dengan mendapatkan lailatul qadr adalah suatu hal yang sangat membahagiakan bagi orang yang beriman yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan kepada Allah SwT. oleh kerananya, pada hari 10 terakhir ini tidak sedikit dari kaum muslimin yang melakukan i’tikaf di masjid agar rangkaian ibadah yang dilaksanakan, solat malam, tadarus Al-Qur’an, berzikir dan amalan-amalan lainnya dapat dilaksanakan dengan khusyuk, tentunya dengan tujuan lailatul qadr dapat diraih. Pada malam tersebut keberkahan Allah swT melimpah ruah, banyaknya malaikat yang turun pada malam tersebut, termasuk Jibril a.s. Allah SwT berfirman: “Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.” (QS. Al-Qadr; 5).
Dalam sebuah hadits sahih Rasulullah saw juga menyebutkan tentang keutamaan melakukan qiamullail di malam tersebut. Beliau bersabda. “Barangsiapa melakukan solat malam pada lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Keutamaan kedua adalah sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan merupakan pamungkas bulan ini, sehingga hendaknya setiap insan manusia yang beriman kepada Allah SwT mengakhiri Ramadhan dengan kebaikan, iaitu dengan berupaya dengan semaksima mungkin mengerahkan segala daya dan upayanya untuk meningkatkan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Kerana amal perbuatan itu tergantung pada penutupnya atau akhirnya.
Rasullah Saw bersabda: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah pamungkasnya. Dan jadikan sebaik-baik hariku adalah hari di mana saya berjumpa dengan-Mu kelak.”
Dengan demikian mari kita maksimalkan sisa-sisa bulan Ramadhan ini dengan meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah SwT dengan qiamullail(menghidupkan malam) pada bulan Ramadhan, khususnya pada malam-malam penghujung bulkan ini. Semoga kita mendapatkan segala limpahan kemuliaan dari Allah SwT. Amiiiin……

Tuesday, July 23, 2013

FASA KEDUA RAMADHAN

As salam viewers..... :)

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulilah..

Okay entry kali ni nak cerita pasal fasa kedua ramadhan.
Apa tu fasa kedua?


Setelah berhasil melalui fasa pertama yang sudah pasti cukup berat kerana tubuh dan fikiran berusaha beradaptasi dengan keadaan  puasa, maka 10 hari kedua Ramadhan ini mungkin akan terasa lebih ringan kerana akhirnya tubuh sudah mulai terbiasa dengan aktiviti puasa yang menuntut seseorang untuk tidak makan dan minum dimulai sejak matahari terbit hingga saat matahari terbenam.
Untuk keutamaan 10 hari kedua Ramadhan seperti yang disebutkan didalam hadis Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, dimana Ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Awal bulan Ramadhan adalah Rahmah, pertengahannya Maghfirah dan akhirnya Itqun Minan Nar (pembebasan dari api neraka)”. Nah, pada fasa kedua atau fasa 10 hari kedua Ramadhan inilah Allah membukakan pintu magfirah atau ampunan yang seluas-luasnya.
Kerananya Jangan sampai kita melewatkan hari-hari penuh ampunan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan sia-sia. Pada waktu-waktu inilah saat yang paling tepat untuk memperbanyak doa serta memohon ampunan kepada Allah SWT atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan di masa lalu agar diampuni dan dibebaskan dari hukuman.
Perbanyaklah melakukan solat malam, berdoa dan berzikir kerana pada 10 hari kedua Ramadhan ini merupakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengurangi dosa-dosa yang telah kita buat. Dengan memohon ampunan dengan tulus dan bersungguh-sungguh serta bertaubat dari hati yang terdalam Insya Allah pasti mendapatkan ampunan-Nya.





Monday, July 22, 2013

BIDADARI - BURN & SOUL

Bidadari 


(Verse 1-Syamsul)

Lirikan matamu
Senyuman manismu
Tawa manjamu
Sentuhan lembutmu


Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu


Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga...


*Chorus*

Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..


(Verse 2-Anwar)

Pandangan redupmu
Gurauan sendamu
Bisikan jiwamu
Menawan hatiku


Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu


Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga...


*Chorus*

Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..


*Bridge*

Biar bercerai nyawaku dari jasadku pastiku kan masih setia...
Biar gugur semua bintang pasti kumenyinta...
Selagi diriku ada..


Impianku oh kita bersama
Aku tahuku oh pemuja rahsia
Bersamamu penuh dengan kenangan
Kenangan pahit manis tak mampu kulupakan


Bukalah hatimu
Sedari wujudku


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sunday, July 14, 2013

BERAKHIRNYA SEMESTER 4

dengan berakhirnya paper terakhir maka berakhirlah semester 4.  Macam biasalah orang duk sibuk sibuk packing nak balik. tapi cik shela ni ha tak balik balik sebabnya ambil intersesi.  ambil intersesi ni sebabnya sem depan banyak subject 4 credit hour, takut tak terbawak nnt.  tu yang amek siap siap tu.

intersesi ni dalam sebulan je. pejam celik pejam celik kejap je ye dakkk.. hahahaa.. sabar je laaa...  tadi nampak budak budak sume dah angkat barang nak balik. seronok nyaaaa.....

ermmmm tak pe lah kannn.. teruskan je niat untuk buat intersesi tu. untung untung kita jugak yang senang sem depan kannnn..  harap harap dapat mengharungi intersesi ni dengan jayanyaaa.. sebab cik shela tak penah amek intersesi. wkwkwkwkwk.

okay lahhh coleteh moteh sampai sini je dulu. nanti sambung lagi. daaaaaa











Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN YA RAMADHAN

Alhamdulilahh.. dapat lagi merasa puasa bagi tahun ini..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia xmelakukan hal2 yg berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kpd kedua org tuanya (jika masih ada);
* Tidak bmaafan tlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan tlebih dahulu dgn orang2 sekitarnya. 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkn, yang berdoa adalah Malaikat dan yg m' amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat n dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika sy ada bbuat kesalahan, baik yg xd'sengaja mahupun yang di sengaja, smga kita dpt mjalani ibadah puasa dgn khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T ins
haallah. Aamiin 

Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi daripada bulan ramadhan ni.  Justeru jangan kita dapat merasa lapar dan dahaga semata mata okay.! penat je nanti. huhuuuu 

eh eh..  jangan lupa terawih tau.. setahun cumaaa sekali *nada macam nora danish dalam cite puteri tu*.  hahahaa..

so tahun ni cik shela berpuasa di Melaka.. alahaiiii  sedihnya... dulu masa diploma, asal je waktu buka mesti balik rumah. almaklumlah.. rumah dekat.  hahaha..



jangan kita lupakan pada mereka yang kurang bernasib baik.  banyak banyak kan sedekah pada mereka.  selain tu, ingatlah juga pada sedara sesama Islam kita yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka.  Seperti mereka di Palestine, Mesir dan sebagainya.


Tuesday, July 2, 2013

International Business Presentation - Country Risk

haiiii.. entry ni nak cite pasal presentation international business (IBM536).  okayyy group aku dapat tajuk country risk.  korang nak tau apa tu country risk?  klik ni  hahahahaa  

group member :
aan 

dorang ni antara antara orang kuat. *kuat ke?* hahahaaa.. tapi sir kitorg die tak nak macam presentation biasa2 jee.. alaaa yang jenis berdiri jee tu.. diaa dah pesan awal awal dah.  so we decide nak buat role play pasal country risk.  types of country risk kan banyak. contoh nya terrorism, bribes, boycott and many more.. tu koorangg explore sendiri okay.  hahahhaa..  


muka bahagia lepas azab present. hohohoho


HUMAN RESOURCE UTILIZATION DAH SETTLED...!!!

yahooooo...
walaupun bukan habis final exam, tapi aku rasa dengan habis paper itu tadi telah memberikan banyak kesan....  hahahhahaaa.. rasa macam heaven gilaaaa...  seronok tauuu??

so dah pergi jumpa madam untuk betulkan carry mark.  plus paper tadi takde lah susah mana sangat. hahahahaha..  boleh je jawab.  lulus itu pasti. dapat A tu insyallah.  aku dah buat terbaik. moga moga result dia pon baik ye dak...

hahahahhahaha

Monday, July 1, 2013

STRESSSSNYAAAAAA...!!!

Aku tak kenapa sem ni kene amik dua subject HR.  Walhal subject ni content dia sama okay.  Memang korang akan kata bonus sebab sekali baca je. Tapi bagi aku TAK okay.  Dahlah HRU ni carca merba isi dia.  Haih, menyakitkan hati betul.  

Aku dah makin lost attention nak study subject HR ni.  Budak2 office systems kampus lain takde pon blajar subject HRU.  Dorang amek subjek OS.  Urghhhh...!!!! Sakitnya hati aku...

Aku rasa macam tak adil lah kampus lain tak sama dengan kampus aku.  Ermmm mungkin kekurangan lecturer, tapi mana boleh kalau tak standardize.  Rasa macam tidak adil. *ini tidak adil tidak adil bagiku*

Whatever it is. Esok aku kene melangkah dengan penuh gagah ke exam hall untuk menjawab paper ni.  Doa doa lah soalan dia senang.  So that aku boleh goreng jawapan dengan garingnya.  Wakakakaa...

Aku dengan ini mengumumkan bahawa aku suka subject HRU..  Love you muah muah.... 


Urghhhhh


Stressssnyaaaaa