CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Total Pageviews

Monday, July 29, 2013

Misi Mencari Lailatul Qadar

Laila,
sungguh aku akan cari kamu hingga jumpa kerana cintanya aku padamu & betapa aku dambakan untuk bertemumu,hanya Dia yang tahu..

Laila,
dalam 10 malam akhir ini,aku akan berusaha mencarimu & dengan izinNya kita bertemu.1 kali bertemu seperti 1000 bulan hilang rindu..

Laila,
keranamu inshaaAllah aku mampu 'mengejar' amalan cinta kaum terdahulu yang usia mereka 10-20 kali ganda dari purata usia hidup kaumku.

Laila,
walaupun hadirmu nanti rahsia tetapi aku akan usaha untuk mencarimu sampai jumpa..

Laila,
aku tahu untuk bertemumu aku perlu setahun menunggu tetapi aku rela kerana sekali bertemu 1000 bulan hilang rindu..

Jadikanlah 10 malam terakhir ini kenangan paling manis dengan Allah,kawan

10 malam akhir ini ada tiket ke syurga,kawan.Jangan lepaskan.Dapatkan tiket ini dengan amalan & meminta keampunan.





No comments:

Post a Comment